Hari nihh Sis Dilaa nak cerita, First Day kat company baru area Sungai Merab.. Actually, Sis bukan kerja tetap, tapi ongoing training. Kerajaan ada lancarkan satu skim nihh yang dipanggil SL1M atau nama panjang nyer adalah Skim Latihan 1 Malaysia. Iyea lahh, bukan sekadar BR1M, PR1MA jerr yang boleh bantu rakyat, SL1M pun bantu graduan ijazah untuk mencari pengalaman bekerja supaya mereka dapat memahami dunia pekerjaan yang sebenar.
Okay lah, tentang SL1M nihh nanti Sis update dekat entry lain okay..hihi
Company yang Sis training nihh adalah salah sebuah anak syarikat Khazanah, biasa dengar kan nama tu.. Company nihh one of the Certificate Bodies yang ada di Malaysia serta berasa di bawah Jabatan Standard Malaysia atau DSM..
First day Sis training, dua-dua bos Sis tiada kat pejabat sebab dia orang ada kerja audit kat luar negeri.. Sis kena la berusaha untuk menyesuaikan diri tanpa bos.. Dalam pejabat tu ada 5 orang pekerja termasuk Sis dan dua bos tu.. Lagi 2 orang tu ialah Kak Ain dan Kak Ifa.. Kakak dua tu sebenarnya beza 3 tahun je dengan Sis, tetapi sebab hormat mereka dah lama kerja situ, Sis panggil jelahh Kakak ea..
![]() |
Meja dan Komputer sendiri yang sis cerita tadi..hihi |
Lepas Sis duduk jer kat meja Sis tu, itu lahh kali pertama Sis merasa suasana pejabat biarpun tak ramai staff. Ada meja, kerusi dan computer sendiri..hihihi.. Baru je duduk, Sis dah dapat surat cinta sebanyak 3 helai daripada bos Sis.. Nak tahu apa yang ada dalam surat cinta tu?
Kejap lagi Sis sambung lagi entry Sis okay?
Nak makan malam lepas tu solat Isyak dulu..
Assalamualaikum semua..